top of page

KERAJAAN NEGERI TERUS PERJUANG MA63, TANGANI ISU PATI DI SABAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Dec 22, 2020
  • 1 min read

22 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus mempertingkatkan usaha dalam memperjuangkan hak-hak Negeri Sabah yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia (MA63) melalui Majlis Khas MA63.


Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, Majlis Khas itu ditubuhkan pada 2 Disember lalu oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dianggotai oleh Ketua Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Peguam Besar Negeri Sabah.


“Majlis Khas tersebut akan mengurus hal berkaitan perlembagaan dan status sama rata, keselamatan dan pendatang asing serta sosial ekonomi, termasuk pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12),” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan dewan undangan negeri, di sini, hari ini.


Mengenai isu yang dibangkitkan Adun Kadamaian dan Elopura berkaitan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan IMM13, Abidin berkata satu daripada jawatankuasa khas di bawah Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 ialah Jawatankuasa Kerja Keselamatan.


“Jawatankuasa ini akan membincangkan isu-isu berkaitan tuntutan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak berhubung isu keselamatan negeri khususnya isu pekerja asing dan masalah PATI.


“Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan kepentingan dan keselamatan negeri Sabah dalam menangani isu PATI di negeri ini.


“Apa juga keputusan mengenai PATI, ia sudah tentulah mengambil kira sentimen rakyat keseluruhannya di negeri ini,” katanya.

Bình luận


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page