top of page

Kerajaan Persekutuan Akan Merayu Kecacatan Penghakiman Hak 40 Peratus

  • nabalunews
  • Nov 11
  • 1 min read
ree

11 November 2025


KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan akan merayu berhubung kecacatan dalam Alasan Penghakiman yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Oktober lalu.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini berkata, Peguam Negara telah memberi nasihat dan pandangan kepada Jemaah Menteri berhubung kecacatan dalam Alasan Penghakiman tersebut.


Katanya, antaranya dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajipan perlembagaan.


“Dakwaan ini bakal membabitkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sejak

tahun 1974.


“Selain itu, Alasan Penghakiman juga menyatakan bahawa Kajian Semula selepas tahun 2021 adalah menyalahi undang-undang, tidak rasional, terdapat ketidakaturan dari segi prosedur dan tidak berkadaran.


“Kerajaan Persekutuan akan merayu berhubung kecacatan dalam Alasan Penghakiman tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan Kerajaan Persekutuan menghormati prinsip Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.


Oleh itu, katanya, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak akan membuat rayuan terhadap Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil.


“Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan akan memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah dengan kadar segera,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page