top of page

Kerajaan sedang kaji hukuman lebih berat terhadap isu lumba haram

  • nabalunews
  • Dec 11, 2024
  • 1 min read




 

11 Disember 2024

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji langkah yang lebih tegas untuk membanteras lumba haram dan aksi berbahaya di jalan raya dengan memperkenalkan hukuman lebih berat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah. 

 

Beliau memaklumkan bahawa draf pindaan akta tersebut kini berada di peringkat Jabatan Peguam Negara untuk memastikan hukuman yang dicadangkan mampu berfungsi sebagai pencegahan berkesan terhadap pelaku. 

 

"Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu secara berterusan termasuk kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), konsesi lebuh raya dan pihak berkuasa tempatan," katanya di Dewan Rakyat hari ini. 

 

Beliau turut menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan sedang memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] untuk memperkenalkan tafsiran jelas berkaitan kesalahan mat rempit, termasuk menunggang secara melulu, membahayakan, atau terlibat dalam perlumbaan haram di jalan raya. 

 

Langkah ini, menurutnya, adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengekang aktiviti yang mengancam nyawa pengguna lain. 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page