top of page

Kerajaan setuju tubuh Ombudsman Malaysia, urus aduan isu salah tadbir

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

ree

8 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai agensi pusat untuk mengurus dan menyelesaikan aduan awam merangkumi salah tadbir, salah laku, perlindungan pemberi maklumat dan kebebasan maklumat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah berkenaan dipersetujui menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan beliau hari ini.


“Penubuhan ini menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh hak rakyat serta memelihara integriti sektor awam.


“Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia dijadual dibentangkan pada awal 2026,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.


Anwar berkata, kerajaan turut menitikberatkan peningkatan pematuhan korporat bagi syarikat yang mengurus dana awam, supaya mandat sosial mereka dilaksana mengikut standard tadbir urus baik serta berlandaskan kerangka undang-undang lebih tersusun.


Jelasnya, langkah itu merangkumi cadangan undang-undang baharu bagi menyelaras Perusahaan Dimiliki atau Dikawal Kerajaan (SOE), termasuk anak syarikat badan berkanun.


“Segala persetujuan ini mencerminkan iltizam teguh Kerajaan MADANI untuk terus memacu reformasi institusi, dasar dan perundangan secara holistik demi mengukuhkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap ketelusan pentadbiran negara serta mutu perkhidmatan awam,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page