top of page

Kereta masuk gaung 20 meter, dua lelaki selamat

nabalunews

22 Disember 2023


KOTA KINABALU: Dua lelaki berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di Kampung Kopungit, di sini, pada malam Sabtu.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.19 malam.


Katanya, sepasukan 14 pegawai dan anggota bomba bersama jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak dua kilometer dari balai.


“Setiba di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Proton Saga FLX terbabas sendiri dan jatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter.


“Dua mangsa lelaki berusia 27 dan 38 tahun terbabit dan telah keluar dengan sendiri. Mangsa dilaporkan selamat dan enggan dihantar ke hospital,” katanya ketika dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud sebelum operasi ditamatkan jam 8.55 malam. Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi kejadian,” katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page