top of page
nabalunews

Kerja baik pulih jalan terputus di kilometer 7.6 Jalan Kiulu - Tamparuli ambil kira kestabilan tanah



11 November 2024


KIULU: Kerja pemasangan pembetung dan konkrit di kilometer 7.6 Jalan Kiulu-Tamparuli yang terputus akibat tanah mendap sejak bulan lalu dijangka akan selesai dalam tempoh sehari atau dua hari lagi.


Namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai memaklumkan untuk mencapai tahap kestabilan sepenuhnya di lokasi berkenaan memerlukan masa kira-kira 28 hari sebelum kerja-kerja akhir seperti penimbusan dan penurapan jalanraya dapat dilaksanakan.


Hari ini Joniston telah turun padang untuk meninjau keadaan perkembangan kerja pembaikan di jalan berkenaan sejurus pulang dari tugasan rasmi di World Travel Mart 2024 di London.


Beliau dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran telah memberi jaminan akan berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan ini secepat mungkin demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.


Mendapan tanah ini telah menjejaskan ribuan pengguna jalanraya di Kiulu selain turut menjejaskan aktiviti eko pelancongan di Kiulu.


JKR menasihatkan pengguna dari kedua-dua arah untuk melalui laluan alternatif Jalan Bungoliu-Logkou-Timbok, Jalan Kiulu-Logkou Lama dan Jalan Kiulu-Lawa Mandau untuk ke Pekan Kiulu.

Comments


bottom of page