Kerjasama pelancongan Sabah–Singapura buka peluang ekonomi
- nabalunews
- 49 minutes ago
- 1 min read

24 Julai 2025
KOTA KINABALU: Kerjasama Sabah dan Singapura dalam sektor pelancongan bakal memberi manfaat besar kepada rakyat, kata Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.
Menurutnya, selain menjana ekonomi lebih mapan, kerjasama itu juga akan mempereratkan lagi hubungan baik di antara kedua-dua pihak.
"Bagi saya, Sabah mempunyai potensi yang besar untuk pelancongan dan kerjasama ekonomi. Rakyat Singapura tahu serba sedikit tentang Sabah dan mereka boleh tahu lebih banyak mengenai negeri ini.

"Mereka datang untuk berenang, mendaki Gunung Kinabalu tetapi Sabah lebih daripada itu kerana ada pelbagai peluang untuk perniagaan di Sabah," katanya semasa ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, hari ini.
Jelas Vanu, peluang kerjasama antara SIngapura dan Sabah yang mendapat sokongan padu oleh kerajaan negeri perlu dimanfaatkan dan berharap lebih ramai usahawan dari Singapura untuk datang dan menjalankan perniagaan di negeri ini.
"Saya akan kembali ke Singapura dan menyampaikan kepada usahawan di sana mengenai peluang dan sokongan kerajaan negeri ini dan saya pasti kerajaan kami akan turut menyokong usahasama kedua pihak ini," ujar beliau./Penerangan-