top of page

Kerjasama PH-GRS Membawa Kemenangan

  • nabalunews
  • Oct 7
  • 1 min read

ree

7 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Peto Galim yakin momentum serta persefahaman antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) akan diterjemahkan kepada kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Peto berkata, kerjasama erat antara kedua-dua gabungan itu perlu dikekalkan bagi memastikan sokongan rakyat terus meningkat menjelang PRN ke-17.


“Pada pandangan saya, jika momentum ini diteruskan, kerjasama dikekalkan dan rakyat memahami perjuangan bersama antara GRS dan PH kita mampu mencapai kemenangan,” katanya ketika ditemui di Menara Kinabalu, di sini, Isnin.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman rasmi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 dan kerjasama antara GRS serta PH menjelang PRN akan datang.


Peto menyifatkan keputusan GRS untuk mengekalkan kerjasama dengan PH sebagai langkah positif yang mencerminkan semangat Kerajaan Madani di Sabah.


“Ini adalah satu pengumuman yang sangat baik kerana ia menggambarkan semangat Kerajaan Madani yang bermula di peringkat Persekutuan dan kini diteruskan di peringkat Negeri.


“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan bekerjasama membangunkan Sabah serta memperkukuh hubungan dengan Kerajaan Pusat,” jelasnya.


Sementara itu, mengenai persediaan PKR menghadapi pilihan raya negeri, beliau memaklumkan bahawa jentera parti kini berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti untuk ditandingi.


“Persediaan PKR di kawasan yang kita rancang untuk tandingi kini hampir ke tahap maksimum. Jadi, kita benar-benar bersedia sepenuhnya,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page