top of page

KERJASAMA SEMUA PIHAK BENDUNG PENULARAN COVID-19: BUNG

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 16, 2020
  • 1 min read

BUNG diberikan taklimat oleh Pesurujaya Polis Sabah Datuk Hazani semasa lawatan itu.

16 OKTOBER 2020


KOTA BELUD: Timbalan Ketua Menteri Datuk Bung Moktar Radin berkata, kesungguhan kerajaan menangani penularan Covid-19 di negeri ini sukar dicapai tanpa kerjasama semua pihak.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, ‘perang’ melawan Covid-19 musuh yang tidak kelihatan masih panjang dan memerlukan kerjasama serta sokongan semua lapisan masyarakat.

Sehubungan itu katanya, tumpuan kerajaan ketika ini adalah membendung penularan Pandemik Covid-19 terutamanya membantu menangani keperitan hidup akibat penularan Covid-19.

“Kerajaan amat menghargai komitmen pasukan barisan hadapan khususnya para doktor, jururawat pihak keselamatan seperti polis, tentera, Rela dan mereka yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak ini.

“Oleh itu, masyarakat perlu memberikan kerjasama dan mengambil tanggungjawab sosial serta memainkan peranan masing-masing mengamalkan normal hidup baharu,” katanya ketika ditemui selepas menyertai lawatan pemantuan di POS kawalan keselamatan antara daerah Kota Belud dan Kota Marudu bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.

Bung turut menasihati rakyat negeri ini agar mempunyai kawalan kendiri demi melindungi diri dan orang yang disayang disamping mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan terutamanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page