top of page

KES BAHARU COVID-19 DI SABAH SEMAKIN MENURUN

Wartawan Nabalu News

2 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini sebanyak 229 kes, menunjukkan penurunan sejak beberapa hari lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata daripada jumlah keseluruhan kes baharu hari ini, 104 kes atau 45.41 peratus adalah berpunca daripada saringan kontak rapat, 39 kes saringan kluster baharu dan sedia ada, saringan bergejala (39 kes), saringan komuniti (25 kes) dan 22 kes adalah dari lain-lain kategori.

“Daerah Lahad Datu mencatatkan sebanyak 56 kes, Kota Kinabali (55 kes), Tuaran (27 kes), Sandakan (26 kes), Tawau (22 kes), Penampang (Sembilan kes), Semporna (tujuh kes), Kota Belud dan Kudat masing-masing lima kes, Putatan (empat kes), Pitas (tiga kes), Papar, Beaufort dan Ranau masing-masing dua kes, Beluran, Keningau, Tongod dan Kunak masing-masing satu kes.

Daerah Kinabatangan, Tambunan, Kalabakan, Tenom, Kuala Penyu, Kota Marudu, Sipitang, Telupid dan Nabawan, tidak mencatatkan kes baharu hari ini,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, berbanding jumlah kes yang dilaporkan semalam, perkembangan pandemik Covid-19 hari ini memaparkan lapan daerah mencatat kes menurun, 10 daerah lagi kekal manakala sembilan daerah mencatat penambahan kes.

Beliau berkata, hari ini dua kes kematian dilaporkan di Kota Kinabalu, seramai 260 pesakit Covid-19 sembuh, menjadikan jumlah kumulatif sembuh 26,233 orang.

“Sejumlah 2,219 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 597 orang di hospital dan 1,622 orang di PKRC. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 58 orang dan 12 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page