Kes harian Covid-19 kembali menurunKes harian Covid-19 kembali menurun
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes harian Covid-19 kembali menurun


19 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes harian Covid-19 di Sabah kembali menurun dengan 189 kes dicatatkan hari ni, berbanding 237 kes semalam.


Menerusi satu kenyataan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu kek mencatat kes harian tertinggi di Sabah dengan 33 kes baharu.


Katanya, ia diikuti oleh Tuaran dengan 30 kes, Ranau 21 kes, Kota Belud 18 kes, Papar 15 kes, Penampang 15 kes, Sandakan 10 kes dan Putatan 10 kes.

Tambahnya, bilangan kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 238,546 kes.


Sementara itu, sebanyak tiga kes kematian dilaporkan hari ini iaitu masing-masing satu kes di Tawau, Keningau dan Tuaran, namun bilangan kematian ini

tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page