Kes import varian Omicron dilaporkan di TawauKes import varian Omicron dilaporkan di Tawau
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes import varian Omicron dilaporkan di Tawau



5 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kes import varian Omicron dilaporkan pada 04 Januari (kelmarin) di Tawau, Iaitu kes pertama dikesan di negeri ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pesakit merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang menunaikan umrah di Arab Saudi bersama isteri pada 09 Disember hingga 18 Disember 2021.


“Mereka kembali ke Malaysia pada 19 Disember 2021 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


“Pesakit bersama isteri tiba di Tawau pada 20 Disember 2021. Setibanya di Tawau, pesakit dan isteri diarah menjalani kuarantin di rumah mereka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Masidi berkata, keputusan ujian whole genome sequencing pada 04 Januari menunjukkan penama positif varian Omicron.


“Isteri pesakit yang juga sedang menjalani kuarantin pada masa yang sama dengan suami dikesan positif Covid-19 melalui ujian PCR pada 24 Disember 2021. Keputusan whole genome sequencing untuk isterinya masih dalam ujian di IMR.


“Kedua-dua pesakit telah lengkap divaksin seawal Jun 2021. Keadaan kedua-dua pesakit pada masa ini adalah sihat,” katanya.


Katanya lagi, semasa disahkan positif Covid-19, suami adalah pada Kategori 2 manakala isterinya adalah pada Kategori 1.


“Mereka berdua telah selesai menjalani kuarantin pada 01 Januari lalu dan telah pulih daripada sakit jangkitan virus Covid,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page