Kes jangkitan Covid kanak-kanak agak tinggi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes jangkitan Covid kanak-kanak agak tinggi


Gambar Hiasan

13 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun mengingatkan ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah supaya mengambil langkah berhati-hati bagi mengurangkan risiko jangkitan ke atas kanak-kanak.


Beliau berkata, ini kerana kes jangkitan virus Covid-19 ke atas kanak-kanak kecil di bawah 5 tahun dan 5-11 tahun agak tinggi.


"Hari ini 189 kanak-kanak di bawah 5 tahun termasuk 33 kes bayi 1 tahun ke bawah dan 329 kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun (belum menerima vaksin) dijangkiti virus Covid-19.


"Oleh itu amatlah penting agar ibu bapa dan pengurusan sekolah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengurangkan risiko jangkitan ke atas anak-anak kecil apatah lagi mereka yang belum layak diberi vaksin," katanya dalam kenyataan media hari ini.


Masidi berkata, daripada 3,891 kes baharu jangkitan Covid-19 di Sabah hari ini, 2,491 kes adalah individu lengkap dua dos vaksin, 725 kes individu lengkap dua dos dan dos penggalak manakala empat kes melibatkan individu menerima satu dos vaksin.


"Sebanyak 189 kes melibatkan kanak-kanak bawah lima tahun yang belum layak vaksin, 329 kes pula melibatkan kanak-kanak berumur antara 5 hingga 11 tahun dan 153 kes pula kanak-kanak 11 tahun ke atas yang belum menerima vaksin," katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page