top of page

Kes Zara Qairina: Jangan Sebarkan Cerita Palsu.- Peguam Keluarga

nabalunews
Aug 18, 2025
1 min read

18 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Orang ramai khususnya pempengaruh media sosial dinasihatkan supaya tidak menyebarkan cerita palsu berkaitan kes kematian Zara Qairina Mahathir.


Peguam yang mewakili keluarga mangsa, Hamid Ismail berkata, perkara itu dibimbangi boleh menimbulkan rasa takut kepada saksi untuk tampil selain memfitnah orang yang tidak bersalah.


“Kita beri peringatan tegas kepada pempengaruh media sosial, khususnya di TikTok, supaya tidak menakut-nakutkan saksi atau menyebarkan cerita palsu berkaitan kes berkenaan.


“Saya menggalakkan orang ramai tampil kepada polis atau secara terus dengan saya. Kepada pempengaruh (influencers) jangan menakut-nakutkan saksi.


“Dalam mencari keadilan, jangan sampai memfitnah atau mengugut orang lain,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini.


Sementara itu, Hamid memberitahu, ibu arwah Zara Qairina amat berbesar hati dengan jaminan Perdana Menteri bahawa tiada sesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang.


“Saya ada bercakap dengan ibu Zara, tentang isu ini, dan dia (Ibu Zara) sangat gembira serta memohon kepada semua saksi yang ada supaya tidak takut terutama kepada pelajar.


“Jangan takut tampilkan diri, kalau takut kepada polis, jumpa kami (peguam),” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page