KETUA MENTERI ANGKAT SUMPAH SEBAGAI ADUN
- nabalunews
- Oct 27, 2020
- 1 min read

27 OKTOBER 2020
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah di hadapan Speaker DUN, Datuk Haji Kadzim M.Yahya di dewan mesyuarat bangunan DUN Sabah, Teluk Likas, Kota Kinabalu.
Turut mengangkat sumpah ialah dua ADUN dilantik, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Datuk Amisah Yassin dan ADUN pembangkang, Datuk Haji Jaujan Sambakong (Sulabayan).

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dan Setiausaha DUN Sabah, Shafaruddin Halide.
Comments