KKM SENTIASA PANTAU PERKEMBANGAN MAKMAL UJIAN RT-PCR DI SABAHKKM SENTIASA PANTAU PERKEMBANGAN MAKMAL UJIAN RT-PCR DI SABAH
top of page

KKM SENTIASA PANTAU PERKEMBANGAN MAKMAL UJIAN RT-PCR DI SABAH


14 Nov 2020

KUALA LUMPUR: Kesiapsiagaan makmal kesihatan awam Kota Kinabalu Sabah sentiasa dipantau, dalam mempertingkatkan keupayaan makmal melaksanakan ujian RT-PCR kepada 2,500 ujian sehari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham.

Beliau berkata ini termasuk lawatan kerjanya sendiri, selain usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melaksanakan libat urus dengan ketua jabatan dan pakar perubatan serta kesihatan awam melalui persidangan maya, bagi membincangkan perkembangan terkini kesihatan di negeri tersebut.

“Pada penghujung bulan Ogos 2020 saya berada di Sabah. Saya juga sempat melibat urus dengan warga makmal dan petugas kesihatan di lapangan untuk mendengar sendiri segala isu dan cabaran terkini.

“Timbalan saya Datuk Dr Chong Chee Keong turut turun padang melihat sendiri perkhidmatan kesihatan awam baru-baru ini,” katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata timbalannya itu masih menjalani tempoh kuarantin 14 hari sejurus tiba dari Sabah.

Dilapor, Sabah mencatatkan sebanyak 556 kes positif COVID-19 semalam. - Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page