KLUSTER BAHARU, KLUSTER LIMBAWANG BEAUFORT JANGKITAN KOMUNITI DARIPADA MAJLIS PENGEBUMIAN
- Wartawan Nabalu News
- Jun 30, 2021
- 1 min read

30 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu kluster baharu hari ini dikenali sebagai Kluster Limbawang - Beaufort melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti ekoran majlis pengebumian di Kg Gelilia Padas Damit pada 20 Jun lalu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster ini dikesan apabila kes indeks, lelaki, 35, dari Kg Kelabu disahkan positif ujian RTK-Ag di Klinik Kesihatan Padas Damit pada 21 Jun lalu, setelah mengalami gejala demam sejak 19 Jun 2021.
“Saringan kontak rapat masing-masing mendapati empat kes positif dalam kalangan ahli keluarga dan tetamu majlis terbabit.
“Terdapat bukti penularan menerusi kontak sosial yang melibatkan ahli keluarga di empat lokaliti berbeza sekitar mukim Limbawang.
“Daripada 160 kontak yang disaring, 21 individu dikesan positif termasuk dua kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 30 kes,” katanya.
Comments