top of page

KLUSTER BAHARU: KLUSTER TAGASAN SEMPORNA LIBATKAN PELAJAR SEKOLAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Apr 19, 2021
  • 1 min read


19 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan pelajar sekolah dikenali sebagai Kluster Tagasan di Semporna.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Tagasan melibatkan para pelajar di Maktab Rendah Sains MARA.



“Kes indeks adalah pelajar Tingkatan 4 yang disahkan positif hasil saringan bergejala di sebuah klinik kesihatan pada 08 April 2021.


“Susulan kes itu, saringan kontak rapat mendapati empat lagi pelajar serta seorang pemandu di institusi tersebut dikesan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak enam kes.,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini hari ini.


Masidi berkata, aktiviti pengesanan kontak rapat dan punca jangkitan sedang giat dijalankan.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page