top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kluster kelima jenis institusi pendidikan direkodkan di Ranau


23 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu Covid-19 melibatkan institusi pendidikan direkodkan di Ranau, Sabah menjadikannya sebagai kluster kelima kluster jenis institusi pendidikan dalam tempoh seminggu.


Menteri Kerajaan, Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata Kluster Bypass Kologon - Ranau tersebut melibatkan seorang murid perempuan 16, yang tinggal di asrama sekolah di SMK Kundasang mula bergejala sejak 17 Januari.


“Kes indeks disahkan positif Covid-19 pada 19 Januari selepas menjalankan ujian RT PCR.


“Saringan terhadap 70 kontak berjaya mengesan enam lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak tujuh kes.


“Semua kes dalam kategori ringan (1 dan 2) dan telah diasingkan serta diberi rawatan yang sesuai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Sebelum ini, empat kluster melibatkan penularan jangkitan di institusi pendidikan di Sabah masing-masing dilaporkan di Putatan (Kluster Pandan-Pandan), Sandakan (Kluster Jalan Pertukangan), Ranau (Kluster Puri Ranau) dan Tambunan (Kluster Jalan Kepayan Lama).


Tambah Masidi, sebanyak 218 kes baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini, meningkat 42 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 245.473.


Manakala satu lagi kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu satu kes di daerah Papar.


Sementara itu, sebanyak 171 pesakit Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 237,684 orang

bottom of page