top of page

Komplot sabotaj kerajaan, PDRM rakam percakapan 14 saksi

  • nabalunews
  • 17 minutes ago
  • 1 min read

13 Mac 2026


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam 14 saksi serta giat mengesan saksi-saksi penting yang dipercayai telah keluar dari Malaysia berhubung siasatan dakwaan kewujudan komplot menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan kes itu dilaksanakan mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan yang merujuk kepada aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.


“Setakat hari ini, seramai 14 saksi dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.


“Melalui semakan Jabatan Imigresen mengesahkan terdapat saksi penting membuat pergerakan keluar dari Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di antara Januari hingga Februari 2026,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, PDRM kini sedang meneruskan usaha untuk mengesan saksi berkenaan bagi membantu siasatan.


Katanya lagi, pihaknya komited dalam menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.


“Masyarakat dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page