top of page

Kota Kinabalu Diiktiraf Smart City Early Adopter 2025

  • nabalunews
  • 12 minutes ago
  • 1 min read

ree

29 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Bandaraya Kota Kinabalu melakar kejayaan membanggakan apabila diiktiraf sebagai Smart City Early Adopter 2025, bersempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, Kongres Perancangan Kebangsaan dan MyCity Expo 2025.


Sambutan yang berlangsung di Putrajaya pada Selasa itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa.


Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merupakan antara 27 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara yang menerima pengiktirafan di bawah Anugerah Penarafan Smart City Malaysia 2025.


Anugerah ini diterima Ketua Pengarah DBKK Datuk Sr. Lifred Wong yang mewakili Datuk Bandar Kota Kinabalu.


DBKK dalam kenyataan menyifatkan kejayaan itu mencerminkan usaha gigih pihaknya dalam menjayakan agenda pembangunan bandar pintar serta peranan aktif yang dimainkan sebagai peneraju inisiatif bandar pintar di bandaraya Kota Kinabalu.


“Pengiktirafan ini diberi atas dasar komitmen dan usaha berterusan dalam melaksanakan inisiatif bandar pintar yang menyokong pembangunan mampan, kecekapan perkhidmatan serta kesejahteraan komuniti bandar raya,” menurut kenyataan itu.


“Tahniah diucapkan kepada seluruh warga DBKK atas dedikasi dan semangat berpasukan yang membawa kepada pencapaian membanggakan ini,” menurut kenyataan itu.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page