top of page

KPDN pantau kenaikan harga perkhidmatan melalui OPS KESAN 2.0

Wartawan Nabalu News

11 Jun 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil perhatian serius terhadap beberapa kenyataan pihak industri yang akan menaikkan harga perkhidmatan susulan penyasaran subsidi diesel yang berkuatkuasa pada 10 Jun lalu.

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, menyatakan bahawa kementeriannya telah memulakan OPS KESAN 2.0 sejak 8 Jun 2024 untuk memantau dan menguatkuasakan sebarang aduan yang diterima.

 

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan dilakukan melalui platform aduan yang disediakan, berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

 

“KPDN akan menyiasat segera berdasarkan kenyataan-kenyataan yang viral di media sosial, meliputi dua aspek utama,” kata Armizan dalam satu kenytaan hari ini.

 

Pertama, bagi sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) seperti perkhidmatan tunda kenderaan dan penghantaran barangan binaan, KPDN akan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 untuk memastikan tiada pelarasan harga yang mengandungi elemen pencatutan.

 

“Kedua, bagi sektor industri seperti pembinaan yang sememangnya sejak dari dahulu tidak layak menggunakan diesel subsidi sebelum penyasaran subsidi dilaksanakan, KPDN akan melaksanakan siasatan alasan mereka perlu menaikkan harga perkhidmatan sekarang.

 

“Ini termasuk siasatan kemungkinan mereka mendapatkan sumber diesel bersubsidi secara tidak sah sebelum ini,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page