KPDN tambah stok bekalan hingha 30 peratus hadapi banjir
- nabalunews
- Nov 29, 2024
- 1 min read

29 November 2024
AYER KEROH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil langkah proaktif dengan menambah stok bekalan keperluan asas hingga 30 peratus bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir di negeri-negeri terlibat.
Timbalan Menteri KPDN, Senator Dr Fuziah Salleh, berkata pihaknya juga telah mengeluarkan lesen khas kepada pemborong bagi memastikan bekalan mencukupi sepanjang musim banjir.
“Sekiranya banjir berlaku, kita tidak mahu bekalan keperluan asas terputus. Oleh itu, sejak dua bulan lalu, KPDN telah bersedia dengan mengeluarkan lesen peruntukan tambahan 30 peratus kepada pemborong-pemborong. Persiapan ini memastikan bekalan mencukupi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan gudang baharu penyimpanan tong komposit LPG ACGas Cawangan Melaka di Taman Perindustrian Tasik Utama, Ayer Keroh, hari ini.
Dr Fuziah menegaskan persiapan awal ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian memastikan keperluan asas sampai kepada penduduk terjejas tanpa gangguan sepanjang musim tengkujuh.















Comments