KPDN: Tambahan pemberian RM100 SARA libat anggaran perbelanjaan lebihi RM2 bilion
- nabalunews
- Sep 4, 2025
- 1 min read

4 September 2025
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengambilkira tambahan pemberian RM100 SARA kepada semula golongan dewasa iaitu 22 juta rakyat Malaysia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mlohd Ali berkata, tambahan itu melibatkan anggaran perbelanjaan melebihi RM2 bilion.
"KPDN sememangnya sejak dari awal juga telah mengambil langkah-langkah awal dalam memastikan barangan keperluan adalah mencukupi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan lisan persidangan Dewan Negara, penggal keempat, Parlimen Ke-15 Tahun 2025, disini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dato' Hajah Ros Suryati Alang yang meminta KDPN menyatakan jumlah Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di seluruh negara dan berapakah jumlah pasar raya besar, kedai runcit dan pasar awam yang terlibat dengan program itu.
Armizan berkata, antara langkah-langkah yang diambil oleh KPDN ialah meningkatkan pemantauan oleh Bahagian Penguatkuasa KPDN. Sejak 31 Ogos hingga 2 Septmber, sebanyak 8,438 premis telah diperiksa.
"Melakukan semakan data pemantauan harian oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH) yang melibatkan 1,160 premis setiap hari dengan meliputi 316 item.
"KPDN juga telah mengambil langkah awal memasukkan kesemua barangan yang disenaraikan dalam Program SARA telah dimasukkan dalam item pemantauan Pegawai Pemantau Harga (PPH)," katanya.
Armizan berkata, KPDN juga telah mengambil tindakan susulan kepada aduan dan laporan yang diterima di platform-platform aduan rasmi Kementerian.
"Setakat 31 Ogos hingga 2 September, sebanyak lima aduan rasmi diterima di platform KPDN dan dua aduan terkait dengan pelaksanaan SARA.
"SOP KPDN setiap aduan yang diterima berkaitan harga dan bekalan akan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam," katanya.















Comments