top of page

KPM arah bangunan kuarters IPG Gaya dikosongkan

  • nabalunews
  • Sep 18
  • 1 min read

ree

18 September 2025


KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan agar kuarters di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dikosongkan serta-merta susulan kejadian tanah runtuh yang melanda kawasan tersebut.


KPM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, beberapa langkah segera turut diambil termasuk merobohkan blok bangunan terjejas untuk memberi laluan kepada pembinaan semula.


Selain itu, menurut KPM, pihaknya juga menyewa premis luar berdekatan bagi memastikan aktiviti akademik dapat terus berjalan dan membina semula tangki air yang rosak.


“Insiden tanah runtuh tersebut telah menyebabkan kerosakan serius pada bahagian cerun serta beberapa blok bangunan yang kini telah ditutup.


“Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden ini. Namun, langkah proaktif diambil bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga kampus terjamin,” menurut kenyataan itu.


Pada masa sama, kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor atas keprihatinan beliau mengunjungi kampus itu semalam.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page