top of page

KPM komited pastikan tiada murid tertinggal, fokus pada TVET dan tingkatan enam

  • nabalunews
  • Dec 23, 2024
  • 1 min read

22 Disember 2024


KUALA LANGAT: Kementerian Pendidikan (KPM) terus berusaha memastikan setiap murid di Malaysia, tanpa mengira kaum atau latar belakang, mendapat akses pendidikan yang adil dan berkualiti, dengan tumpuan diberikan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pendidikan Tingkatan Enam.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata reformasi dalam sektor pendidikan perlu dilihat sebagai peluang untuk memastikan tiada pelajar yang terpinggir.


“Tanggungjawab ini meliputi semua sekolah, dan kita mesti melihat reformasi pendidikan ini sebagai peluang untuk semua, tanpa mengira kaum.


“TVET dan Tingkatan Enam membuka peluang besar untuk memastikan tiada anak-anak yang ketinggalan dalam sistem pendidikan kita,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-100 dan perasmian naik taraf dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Tumbuk, di sini, hari ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page