KPM nafi keluar arahan guru berleter akan dihukumKPM nafi keluar arahan guru berleter akan dihukum
top of page
  • nabalunews

KPM nafi keluar arahan guru berleter akan dihukum



24 Nov 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan mengeluarkan sebuah jadual bertajuk "Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang" yang tular di media sosial baru-baru ini. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata KPM tidak pernah membuat kenyataan demikian dan apa yang ditularkan oleh laporan sebuah portal berita bertajuk "Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid" adalah tidak benar sama sekali. “Saya langsung tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Portal itu meletakkan gambar saya seolah-olah saya yang keluarkan kenyataan tersebut. “KPM juga tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk "Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang" dalam mana-mana dokumen rasmi KPM,” katanya dalam ciapan laman sosial Facebooknya hari ini, dengan turut memuat naik kenyataan penafian KPM berhubung isu tersebut. Radzi turut meminta orang ramai agar menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya. Menurut kenyataan KPM, terdapat enam tatacara pengaturan disiplin yang dikeluarkan kementerian sebagai garis panduan guru, Antara tatacara tersebut ialah peraturan-peraturan pendidikan (disiplin sekolah) 1959, Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/1983: Mengenakan hukuman biasa terhadap murid-murid yang melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan pelajaran, dan SPI bil. 7/1995: Tatacara mengenakan tindakan dan hukuman terhadap pelajar-pelajar sekolah. Selain itu, KPM juga mengeluarkan tatacara kuasa guru merotan murid dan prosedur operasi standard (SOP) mengenai pelaopran dan tindakan menangani isu disiplin. Terdahulu, tular di media sosial paparan satu jadual berkaitan bentuk-bentuk hukuman yang dilarang KPM.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page