Kunjungan Kasih sempena Krismas, ceriakan umat
- nabalunews
- Dec 10, 2024
- 1 min read

9 Disember 2024
KOTA BELUD :Sempena Krismas, Wanita SIB Pinasang Tamudarat menganjurkan acara Kunjungan Kasih, untuk menziarahi dan menyampaikan sumbangan kasih kepada umat gereja yang terlantar sakit.
Program ini telah diadakan di Pinasang Tamudarat dan melibatkan penyertaan lebih kurang 80 orang, termasuk AJK Wanita Bahagian serta jemaat WiraNita SIB Pinasang Tamudarat (SIBPTD) pada Ahad.
Wanita SIB Pinasang Tamudarat, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada AJK Tertinggi Wanita UPKO Bahagian yang telah mewakili Datuk Ewon Benedick Menteri Pembangunan Keusahawanan Dan Koperasi Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian untuk menyampaikan sumbangan Sentuhan Kasih pada hari berkenaan.
Acara kunjungan kasih ini dilaksanakan setiap tahun oleh Pelayanan Wanita SIB Pinasang Tamudarat menjelang perayaan Krismas.
Tahun ini, program kunjungan kasih ini bergabung dengan Pelayanan Wira, yang turut serta dalam menjayakan acara tersebut.
Para wanita dan persekutuan gereja memberikan sumbangan ikhlas untuk menjalankan program ini.
Wanita SIB Pinasang Tamudarat juga menyatakan rasa syukur kepada dan berterima kasih kepada Ewon atas sumbangannya dalam pelaksanaan acara ini.
Setiap kali kunjungan dibuat kepada jemaat, mereka akan mengadakan kebaktian singkat.
Wajah-wajah sukacita tampak pada mereka yang menerima kunjungan ini, dan mereka mengungkapkan rasa terhibur terutama bagi mereka yang sudah lama tidak dapat menghadiri upacara kebaktian minggu akibat masalah kesihatan.
Selain itu, Ketua Wanita UPKO Kota Belud, Datin. Saniah Tuak, turut memberikan sumbangan ikhlas kepada tabung Pelayanan Wanita SIB Pinasang Tamudarat yang disampaikan kepada bendahari Pelayanan Wanita, Sulina Sandur.
Sebelum bergerak ke rumah-rumah jemaat, AJK Wanita Bahagian telah dibawa makan tengahari bersama.
Коментарі