top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kursus Fotografi dan Pertandingan Fotografi Landskap pada 30 dan 31 Julai ini


8 Julai 2022 Oleh Wartawan Nabalu News PENAMPANG: Para penggemar fotografi di Sabah dipelawa menyertai Kursus Fotografi dan Pertandingan Fotografi Lanskap pada 30 dan 31 Julai ini, di The Tipsy Asi Sunset Bar & Bistro, Penampang. Ini adalah satu program kerjasama latihan di antara Malatin Horse Hill Eco Farm & Recreation, Penampang dengan Kolej Komuniti Kuantan, Pahang dan Dahlia Jasmin Management. Pengerusi Malatin Horse Hill Eco Farm & Recreation, Datuk Honorsius Bosuin berkata, penceramah kursus fotografi itu adalah rakan teknikal KolejKomuniti Kuantan, Pahangyang telah melatih ramai jurugambar serta melahirkan para usahawan bidangfotografi di seluruhMalaysia. Beliau berkata, kursus ini seiring dengan usaha kerajaan Sabah untuk meningkatkan potensi rakyat khususnya para belia dalam bidang berkaitan seni dan kreatif di Sabah. “Kursus ini akan memberi peluang kepada para penggemar fotografi untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam fotografi. “Melalui kursus ini, para peserta berpeluang untuk membina rangkaian kerjasama dengan para pengamal bidang fotografi di Sabah,” katanya. Pada hari pertama kursus, para peserta akan belajar mengenai pengenalan asas fotografi, 12 komposisi asas merakam gambar dan sesi praktikal asas fotografi. Manakala pada hari kedua mereka akan belajar mengenai pengenalan pencahayaan fotografi, sesi praktikal pencahayaan fotografi, pengenalan fotografi lanskap dan pertandingan fotografi lanskap. Honorsius berkata, para peserta kursus ini akan menerima sijil kursus yang diperakui oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


“Para peserta kursus berpeluang untuk mengetahui peluang-peluang kerjaya dalam fotografi termasuklah tips sebagai usahawan bidang fotografi.


“Para penggemar fotografi khususnya belia wajar menyertai kursus ini sekiranya mereka serius menjadikan bidang fotografi sebagai kerjaya mereka serta menceburi bidang keusahawanan fotografi,” katanya.


Johan pertandingan fotografi lanskap akan menerima hadiah wang tunai RM300, naib johan (RM200) dan tempat ketiga sebanyak RM100. Semua pemenang dan peserta lain yang tidak berjaya dalam pertandingan fotografi lanskap akan menerima sijil.


Yuran kursus ialah RM600 seorang termasuk makan dan minum kecuali penginapan, boleh dibayar melalui akaun Maybank 560184072739 dan nama penerima ialah Malatin Horse Hill Eco Farm & Recreation.


Tarikh tutup pendaftaran kursus pada 25 Julai ini dan borang pendaftaran kursus boleh didapati melalui pautan https://forms.gle/WbB4bAKRgbrk2FGj6.


Maklumat lanjut mengenai kursus boleh menghubungi urusetia program di 011-31867388, 012-9861209.


Majlis penutupan dan penyampaian sijil pada 31 Julai dijangka akan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Penampang.


bottom of page