top of page

KUSKOP dan agensi salur RM731.2 juta kepada 42,006 PMKS dan koperasi di Sarawak bagi tahun 2023 - Ewon

Wartawan Nabalu News
𝐆𝐚𝐦𝐛𝐚𝐫 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐉𝐀𝐏𝐄𝐍

18 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM731.2 juta kepada 42,006 usahawan dan koperasi di Sarawak pada tahun 2023.

 

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, antara bantuan geran pembiayaan yang disediakan khusus untuk usahawan bumiputera di Sarawak ialah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus dan Tunas Usahawan Belia yang dilaksanakan SME Corp serta Projek Tamu Desa.

 

“Program BEEP Plus Sarawak disediakan khusus kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera di Sarawak.


“Sejak dilaksanakan pada September 2023 sehingga 31 Mei 2024, seramai 31 usahawan PKS Sarawak telah diluluskan geran berjumlah RM3.23 juta.


“Selain itu, lapan usahawan PKS Bumiputera di Sarawak telah menerima kelulusan geran BEEP berjumlah RM1.57 juta pada tahun 2023.

 

“Di bawah program Tunas Usahawan Belia, sebanyak RM540,000 pembiayaan geran disalurkan kepada 36 peserta pada tahun 2023 dan RM1.27 juta diluluskan geran kepada 115 peserta pada tahun 2024.


“KUSKOP juga telah memulakan Projek Tamu Desa bertujuan membina dan menaik taraf kemudahan ruang niaga dan infrastruktur penjaja dan peniaga kecil di Sarawak pada tahun 2024.


“Ia melibatkan peruntukan berjumlah RM1.995 juta bagi pelaksanaan Fasa 1 merangkumi kerja-kerja naik taraf sebanyak 13 tapak tamu desa di Sarawak,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.


Ahli Parlimen Batang Sadong itu bertanya berapa bilangan usahawan, jumlah geran pembiayaan dan jenis bantuan yang telah disalurkan khusus untuk masyarakat Bumiputera di Sarawak dan pelaksanaan program pembangunan bidang industri kecil dan sederhana terutamanya di kawasan luar bandar Sarawak.


Ewon berkata, KUSKOP melalui agensi-agensinya seperti Bank Rakyat, SME Bank dan SME corp menyediakan pembiayaan untuk PKS di Sarawak.

 

“Bank Rakyat pada tahun 2023 telah meluluskan pembiayaan kepada seramai 175 usahawan PKS di Sarawak dengan nilai pembiayaan berjumlah RM105.3 juta;

 

“SME Bank telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM130.71 jutakepada 41 usahawan PKS di Sarawak pada tahun 2023.


“Manakala SME Corp. telah melaksanakan Skim Peningkatan Kapasiti & Keupayaan PMKS (BAP) pada tahun 2023 melibatkan lima syarikat PKS di Sarawak dengan geran berjumlah RM608,860.65,” katanya.


Di samping itu katanya, program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Sarawak juga telah dilaksanakan bagi tahun 2023 dengan sebanyak RM112,000 telah disalurkan kepada Koperasi Seni Seramik Kenyalang Berhad bagi pembangunan aksesori wanita berasaskan seramik di Kuching, Sarawak.


“Bagi tahun 2021, sebanyak RM110,000 telah disalurkan kepada Koperasi Tambak Pusa Berhad bagi industri gula apong di Pusa, Sarawak di bawah Program SDSI,” katanya.


Ewon berkata, KUSKOP sentiasa prihatin dan komited melaksanakan pelbagai program dan bantuan keusahawanan yang bersifat inklusif termasuk kepada usahawan Bumiputera di Sarawak.EEP berjumlah RM1.57 juta pada tahun 2023.

 

“Di bawah program Tunas Usahawan Belia, sebanyak RM540,000 pembiayaan geran disalurkan kepada 36 peserta pada tahun 2023 dan RM1.27 juta diluluskan geran kepada 115 peserta pada tahun 2024.


“KUSKOP juga telah memulakan Projek Tamu Desa bertujuan membina dan menaik taraf kemudahan ruang niaga dan infrastruktur penjaja dan peniaga kecil di Sarawak pada tahun 2024.


“Ia melibatkan peruntukan berjumlah RM1.995 juta bagi pelaksanaan Fasa 1 merangkumi kerja-kerja naik taraf sebanyak 13 tapak tamu desa di Sarawak,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batang Sadong Puan Rodiyah Sapiee pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.


Ahli Parlimen Batang Sadong itu bertanya berapa bilangan usahawan, jumlah geran pembiayaan dan jenis bantuan yang telah disalurkan khusus untuk masyarakat Bumiputera di Sarawak dan pelaksanaan program pembangunan bidang industri kecil dan sederhana terutamanya di kawasan luar bandar Sarawak.


Ewon berkata, KUSKOP melalui agensi-agensinya seperti Bank Rakyat, SME Bank dan SME corp menyediakan pembiayaan untuk PKS di Sarawak.

 

“Bank Rakyat pada tahun 2023 telah meluluskan pembiayaan kepada seramai 175 usahawan PKS di Sarawak dengan nilai pembiayaan berjumlah RM105.3 juta;

 

“SME Bank telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM130.71 jutakepada 41 usahawan PKS di Sarawak pada tahun 2023.


“Manakala SME Corp. telah melaksanakan Skim Peningkatan Kapasiti & Keupayaan PMKS (BAP) pada tahun 2023 melibatkan lima syarikat PKS di Sarawak dengan geran berjumlah RM608,860.65,” katanya.


Di samping itu katanya, program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Sarawak juga telah dilaksanakan bagi tahun 2023 dengan sebanyak RM112,000 telah disalurkan kepada Koperasi Seni Seramik Kenyalang Berhad bagi pembangunan aksesori wanita berasaskan seramik di Kuching, Sarawak.


“Bagi tahun 2021, sebanyak RM110,000 telah disalurkan kepada Koperasi Tambak Pusa Berhad bagi industri gula apong di Pusa, Sarawak di bawah Program SDSI,” katanya.


Ewon berkata, KUSKOP sentiasa prihatin dan komited melaksanakan pelbagai program dan bantuan keusahawanan yang bersifat inklusif termasuk kepada usahawan Bumiputera di Sarawak.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page