top of page

LAKSANAKAN SEGERA MORATORIUM SELAMA TIGA BULAN: PH

  • Wartawan Nabalu News
  • May 29, 2021
  • 1 min read

Gambar fail

29 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) mahu kerajaan segera melaksanakan moratorium pinjaman bank selama tiga bulan dan memberi bantuan one-off kepada golongan B40 dan M40. Kenyataan bersama itu dikeluarkan Ahli Jawatankuasa Kos Sara Hldup Pakatan Harapan Hassan Abdul Karim, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk HJ Hassanuddin Mohd Yunus Parti Amanah Negara (AMANAH),Chong Chieng Jen, Parti Tindakan Demokratlk (DAP), Natrah Ismail, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Sivakumar Varalharaju Naidu (DAP), Chan Foong Hin (DAP) dan Cha Kee Chin (DAP). Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Kos Sara Hldup Pakatan Harapan mengambil pendirian yang konstruktif dengan menyokong keputusan Kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi (Total Lockdown) Fasa Pertama di seturuh negara selama 14 hari dari 1 Jun sehingga 14 Jun 2021. “Persetujuan ini kami capai dengan syarat-syarat berikut yang perlu dipenuhi oleh pihak Kerajaan antaranya Kerajaan melaksanakan Moratorium pinjaman bank selama 3 bulan, melaksanakan rebat TNB. “Kerajaan juga harus memastikan bekalan barangan keperluan harian yang mencukupi, memastikan harga barang keperluan tidak naik dan penghantaran barang keperluan ke destinasi tidak terhalang. “Kami juga mahu agar Kerajaan memastikan bantuan berupa bakul makanan sampai kepada rakyat yang memerlukan,” menurut kenyataan itu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page