Lapan Remaja Bergaduh Ditahan
- nabalunews
- Apr 8
- 1 min read

8 April 2025
KOTA BELUD: Lapan remaja ditahan selepas dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan yang berlaku di daerah ini, semalam.
Insiden pergaduhan berkenaan sempat dirakam orang awam sehingga tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada jam 1 pagi.
Katanya, hasil siasatan polis, kejadian berlaku di kawasan Bulatan Tamu, di sini, yang melibatkan sekumpulan remaja.
“Susulan siasatan dijalankan, polis menahan lapan remaja berusia 14 hingga 18 tahun untuk membantu siasatan lanjut.
“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 47 Kanun Keseksaan kerana merusuh dam mengganggu ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Shahrudin berkata, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sehubungan itu, Shahrudin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan video kejadian berkenaan.
“Tindakan membuat sebarang spekulasi atau menularkan rakaman video kejadian dikhuatiri boleh mengganggu siasatan pihak polis.
“Pihak polis juga meminta saksi kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.
“‘Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Railey Samiar di talian 016-8143490 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Comments