top of page

Lawatan Tapak Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kota Belud

  • nabalunews
  • 3 minutes ago
  • 1 min read

19 Mei 2025


KOTA BELUD: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Saikom Watis, telah menyertai lawatan kerja ke Kampung Sayap dan Kampung Lahanas bagi meninjau tapak cadangan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di kawasan tersebut.


Lawatan ini bertujuan untuk meninjau lokasi cadangan pembinaan Muka Sauk dan Tangki Loji Air Terawat yang merupakan komponen utama dalam projek BALB bagi kawasan Mukim Wariu dan sekitarnya.


Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah wakil-wakil daripada pihak berkuasa tempatan serta syarikat utiliti yang berkepentingan, bagi memastikan pelaksanaan projek ini dapat dijalankan secara terancang dan menyeluruh.

Projek BALB ini melibatkan pembinaan infrastruktur bekalan air yang bertujuan untuk menyediakan akses kepada air bersih dan selamat bagi penduduk luar bandar. Salah satu elemen penting dalam pelaksanaan projek ini ialah Makmal Kajian Nilai (Makmal VA), yang berperanan dalam menilai keperluan, kos serta keberkesanan sistem bekalan air yang dirancang.


Melalui lawatan tapak ini, pihak UPPM berharap agar segala pandangan dan maklum balas daripada agensi serta syarikat berkaitan dapat dijadikan panduan dalam merancang pelaksanaan projek dengan lebih efisien dan berimpak tinggi, demi meningkatkan kesejahteraan penduduk di kawasan terlibat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page