LAZADA PASTIKAN BEKALAN RUNCIT CUKUP UNTUK RAKYAT MALAYSIA SEPANJANG PKPBLAZADA PASTIKAN BEKALAN RUNCIT CUKUP UNTUK RAKYAT MALAYSIA SEPANJANG PKPB
top of page
  • nabalunews

LAZADA PASTIKAN BEKALAN RUNCIT CUKUP UNTUK RAKYAT MALAYSIA SEPANJANG PKPB



16 OKTOBER 2020


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan barangan runcit dan keperluan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh menarik nafas lega kerana Lazada menyediakan bekalan bahan makanan segar, sejuk beku serta keperluan harian lain yang banyak bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada masyarakat.


Ribuan peruncit barangan keperluan dan jenama tersedia setiap hari untuk dipilih oleh pelanggan yang membeli-belah dengan selamat dari rumah di halaman ‘Keep Calm and Shop from Home’ Lazada di http://lzd.co/KeepCalmShopFromHome.


"Sayur-sayuran yang baru dituai, makanan laut yang baru ditangkap, buah-buahan yang dipetik dari kebun, makanan beku tahan lama, minyak masak, telur, roti, susu dan banyak lagi adalah antara barang yang mudah diperoleh pada harga diskaun di halaman ini," kata Lazada, platform e-dagang peneraju di negara ini, menerusi kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kedai terpilih di Lazada Malaysia termasuk Cameron Farmers, ifresh, Sejadi dan banyak lagi, turut menawarkan penghantaran dalam tempoh 48 jam ke kawasan di sekitar Lembah Klang yang berada di bawah PKPB.

"Sebagai sokongan kepada masyarakat mengharungi tempoh ekonomi yang sukar ini, Lazada Malaysia memilih tawaran-tawaran serendah RM1 untuk barang keperluan harian seperti pelitup muka, bagi diketengahkan menerusi ‘Crazy Flash Sale’ dari 10 pagi hingga 11.59 malam setiap hari, untuk memastikan pengguna dalam talian dapat memanfaatkan sepenuhnya perbelanjaan mereka,” demikian menurut kenyataan itu.


"Baucar diskaun untuk makanan dibungkus dan penghantaran juga ditawarkan untuk dibeli oleh pengguna, sekali gus membantu memaksimumkan penjimatan mereka ketika memesan makanan daripada restoran kegemaran, termasuk Dunkin 'Donuts, O'Briens, Koomi, GrabFood dan banyak lagi,” kata Lazada.

Menurut Lazada, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan mereka untuk memastikan masyarakat mempunyai akses secara berterusan kepada barang keperluan harian dalam talian selain memudahkan penanggung keluarga menyediakan keperluan orang tersayang tanpa perlu meninggalkan rumah.


"Untuk memastikan kesejahteraan pelanggan dan keselamatan wira barisan hadapan, kakitangan logistik Lazada dilengkapi peralatan perlindungan diri dan diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu badan setiap hari, mematuhi proses sanitasi yang ketat dan amalan penyerahan kontak sifar.


"Pelanggan digalak menggunakan alamat rumah mereka untuk pesanan baharu sepanjang tempoh berada di rumah ini. Perkhidmatan perubahan laluan disediakan secara percuma berdasarkan keadaan-keadaan khusus bagi pesanan sedia ada untuk kawasan yang ditutup sepenuhnya, yang mana rakan kongsi Lazada akan menghubungi penerima untuk alamat baharu,” demikian menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai soalan yang kerap ditanya bagi penghantaran ketika PKPB tersedia menerusi https://lzd.co/deliverymco. – Bernama

bottom of page