top of page

Lebih 380 dijangka sertai Gamers Day Out 2.0 hujung minggu ini

  • nabalunews
  • Sep 22
  • 1 min read

Poster Gamers Day Out 2.0 pada 27 - 28 September ini.
Poster Gamers Day Out 2.0 pada 27 - 28 September ini.

22 September 2025


TAWAU: Lebih 380 peserta dijangka memberikan saingan pada Gamers Day Out 2.0 yang bakal menghimpunkan para peminat sukan elektronik (E-Sukan) di Dewan Kolej Tingkatan Enam pada Sabtu dan Ahad ini.


Presiden Kelab Sukan Elektronik Tokoneo (KST), Mohd Sofizar Usrah berkata, lima pertandingan utama pada saingan kali ini ialah Tekken 8, Mobile Legends: Bang Bang, EAFC 26, Magic Chess dan Cosplay.


Katanya, acara terbesar komuniti gaming tempatan itu menjanjikan pengalaman luar biasa kepada peminat sukan elektronik selepas penganjurannya berjaya mendapat sambutan hangat tahun lalu.


“Tahun ini adalah penganjuran kali kedua yang bukan sahaja untuk peserta menunjukkan bakat mereka, tetapi pengunjung yang hadir turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah sepanjang dua hari acara berlangsung,”katanya hari ini.


Sofizar berkata, edisi kali ini akan menampilkan kelainan istimewa apabila aksi pertandingan disiarkan secara langsung di LED Big Screen di pentas utama, sekaligus memberikan pengalaman menonton lebih mendebarkan kepada penonton.


Menurutnya, acara anjuran Tokoneo dengan kerjasama KST itu adalah peluang terbaik kepada para gamers untuk menunjukkan bakat masing-masing, di samping menghimpunkan para peminat E-Sukan.


Beliau menyeru orang ramai, khususnya belia di daerah ini dan kawasan sekitarnya untuk hadir memeriahkan acara itu yang dijadual akan dirasmikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan pada Sabtu ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page