top of page

Lebih 97,000 peminjam MARA disenarai hitam, usaha perkukuh pembayaran pinjaman

  • nabalunews
  • Oct 24, 2024
  • 1 min read


24 Oktober 2024

 

KUALA LUMPUR: Seramai 97,000 peminjam aktif MARA telah disenarai hitam oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) selepas gagal melunaskan pinjaman mereka dalam tempoh tiga bulan.

 

Ini mewakili 49 peratus daripada keseluruhan 197,348 peminjam aktif.

 

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, berkata langkah tersebut bertujuan memperkukuh pembayaran pinjaman MARA.

 

“Senarai hitam ini hanya dikenakan dalam ekosistem MARA dan tidak melibatkan agensi lain,” jelas Rubiah ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, di Dewan Rakyat.

 

Beliau juga memaklumkan bahawa setakat 23 September, seramai 96,857 pelajar masih menerima tajaan pinjaman pelajaran MARA.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page