top of page

Lebih RM1.2 juta peruntukan pembangunan disalurkan di kawasan Melangkap sejak 2018

  • Wartawan Nabalu News
  • Apr 1, 2022
  • 1 min read

Ewon menyampaikan sumbangan untuk Belia Melangkap Tiong.

1 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Lebih RM1.2 juta peruntukan pembangunan telah disalurkan di kawasan Melangkap sejak tahun 2018 untuk membina pelbagai kemudahan rakyat kawasan itu.


Ketua PDM Melangkap Anichlose Kesimin berkata, antaranya pembinaan dewan tertutup, dewan terbuka, gymnasium, lorong pejalan kaki, jalan ke kawasan eko pelancongan, jambatan gantung dan banyak lagi.


“Ini adalah antara hasil usaha Adun Kadamaian Datuk Ewon Bendick semasa dalam kerajaan dan komitmen untuk membangunkan Kadamaian khususnya Melangkap diteruskan walaupun ketika ini beliau berada luar kerajaan.


Anichlose ketika berucap pada majlis itu.

“Bagi pihak penduduk Melangkap kami amat menghargai dan berterima kasih kepada Datuk Ewon atas keprihatinan beliau menyediakan kemudahan yang diperlukan penduduk kampung,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program PDM Upko Melangkap, di Dewan Terbuka Eko Pelancongan Melangkap Tiong, di sini, kelmarin.


Sementara itu Ewon Benedick yang juga Naib Presiden dan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud berkata, beliau telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Kadamaian.



“Kita membantu semua rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka, kerana menjadi tanggungjawab dan keutamaan saya berkhidmat untuk rakyat Kadamaian,” katanya.


Pada majlis itu Ewon menyampaikan bantuan bakul makanan dan sumbangan kepada belia Kampung Melangkap Tiong melaksanakan program gotong-royong serta baju jersi untuk Kelab Bola Sepak Melangkap United FC.


Selain itu beliau turut memberikan sumbangan sejumlah RM4,000 untuk baikpulih paip graviti di Kampung Melangkap Baru dan baikpulih jalan kuburan Melangkap Tiong.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page