top of page

Lelaki Didenda RM620, 000 Miliki rokok, Minuman Keras Tanpa Duti Sah

  • nabalunews
  • 44 minutes ago
  • 1 min read

14 Februari 2026


KOTA MARUDU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM620,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Marudu semalam atas kesalahan memiliki rokok dan minuman keras tanpa duti kastam yang sah.


Tertuduh, Nelmon Madinar, 27 tahun, yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan dihukum di bawah Seksyen 135(1)(v)(aa) akta yang sama.


Majistret Tuan A. Akhiruddin Acho memerintahkan tertuduh membayar denda RM620,000 atau menjalani hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.


Kes itu dikendalikan oleh Pendakwa Raya, Inspektor Seanhilary Miting Pakoi.


Tertuduh ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu di sebuah premis di One Marudu. Hasil serbuan menemukan 4,000 bungkus rokok jenama 77 Double Seven dan 40 kotak minuman keras beralkohol jenama Cool Beer yang dipercayai tidak mempunyai dokumen kastam sah.


Seksyen 135(1)(v)(aa) Akta Kastam 1967 memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000, yang mana lebih tinggi, dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000, yang mana lebih tinggi, atau penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.


Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin, menegaskan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti penyeludupan dan pengedaran barangan tanpa duti kastam.


Beliau turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah kepada PDRM bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terpelihara.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page