top of page

Lelaki Maut Dipercayai Terjun Dari Tingkat 11

  • nabalunews
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

ree

13 Disember 2025


KOTA KINABALU: Polis mengesahkan seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 11 di sebuah bangunan di Tanjung Aru, di sini, hari ini.


Kejadian melibatkan mangsa berusia 53 tahun itu disedari kira-kira jam 3 petang sebelum satu laporan dibuat menerusi talian kecemasan MERS 999.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati, kejadian disedari seorang juruteknik yang bertugas di bangunan berkenaan.


Katanya, saksi mendakwa telah melihat satu objek disyaki manusia jatuh dari tingkat atas bangunan tersebut melalui pemantauan kamera litar tertutup (CCTV).


“Pemeriksaan lanjut di hadapan bangunan mendapati seorang lelaki terbaring di atas jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri.


“Pasukan ambulans dari Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) yang tiba di lokasi telah mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, hasil semakan rakaman CCTV mendapati mangsa telah memasuki sebuah unit di tingkat 11 bangunan tersebut sebelum kejadian berlaku.


“Pemeriksaan awal fizikal oleh pasukan forensik mendapati kecederaan yang dialami adalah selari dengan kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.


“Pihak polis turut mendapati tiada kecederaan luaran yang mencurigakan ditemui pada tubuh badan mangsa,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page