Lelaki Melecur Di Leher dan Lengan
- nabalunews
- Sep 12
- 1 min read

12 September 2025
PITAS: Seorang lelaki cedera melecur selepas dipercayai berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran di Kampung Perpaduan Saab, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia warga emas berusia 65 tahun itu terus dihantar ke hospital oleh penduduk kampung yang membantu.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Gabuh Maradan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.17 malam.

Katanya, sepasukan tuiuh anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.
“Kebakaran melibatkan dua rumah sewa jenis tidak kekal yang telah terbakar sepenuhnya. Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran dengan dua pancutan sepanjang 60 meter dari sumber air dari tangki jentera.
“Terdapat seorang mangsa terlibat mengalami cedera ringan melecur dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan Pasukan Bomba dilokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, api berjaya dikawal daripada terus merebak ke rumah berhampiran pada jam 9.42 malam.
Katanya, pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada lagi bahaya yang wujud sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.58 malam.


















Comments