top of page
nabalunews

Lelaki tempatan bebas pertuduhan edar darah

1 November 2024


SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan yang berhadapan pertuduhan mengedar dadah dua tahun lalu dibebaskan tanpa perlu membela diri di Mahkamah Tinggi Sandakan pada Rabu.


Hakim Mahkamah Tinggi Sandakan, Saiful Azian Mokhtar, membacakan keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan kes prima facie.


Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Amirul Mohd Yussof, 27, dituduh mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 67.78 gram pada 20 April 2022 sekitar jam 1.30 petang di tepi bangunan sebuah kedai di Batu 32, Check Point, daerah Sandakan.


Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.


Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.


Mohd Amirul dituduh di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 4 Oktober 2022 dan perbicaraan dimulakan pada 20 Mei tahun ini.


Dia diwakili peguam, Mohamed Zairi Zainal Abidin dari Pejabat Guaman LCZ Sandakan.


Sementara Timbalan Pendakwaraya, Mohd Azizi Hamil tampil di pihak pendakwaan.

Comments


bottom of page