top of page

Lelaki warga asing Terima Upah RM4K Untuk Seludup Syabu

  • nabalunews
  • Jul 29, 2025
  • 1 min read

Jasmin (tengah) dan pegawai kanan beliau menunjukkan rampasan syabu lebih dua kg daripada seorang suspek lelaki warga asing.
Jasmin (tengah) dan pegawai kanan beliau menunjukkan rampasan syabu lebih dua kg daripada seorang suspek lelaki warga asing.

29 Julai 2025


TAWAU: Seorang lelaki warga asing dipercayai menerima upah hampir RM4,000 untuk menyeludup keluar lebih dua kilogram (kg) syabu bernilai RM74,500 oleh satu sindiket dadah negara jiran.


Bagaimanapun, cubaan suspek warga Indonesia berusia 22 tahun itu gagal apabila berjaya ditahan di Jalan Pelabuhan sekitar jam 9.30 pagi, Jumaat lalu.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata,siasatan awal polis mendapati suspek pertama kali memasuki Malaysia bagi mendapatkan bekalan syabu untuk dihantar kepada sindiket dadah di negara asalnya.


Katanya, suspek tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan didapati masuk ke negara ini melalui laluan tikus pada 21 Julai lalu.


Menurutnya, sebelum penahanan itu, suspek dilihat sedang duduk sambil membawa sebuah beg galas dalam keadaan mencurigakan di kawasan Jalan Pelabuhan.


“Pasukan polis kemudiannya membuat pemeriksaan ke atas beg galas yang dibawa oleh suspek dan menemui dadah dianggarkan seberat 2, 062 gram di dalam paket plastik bertulisan Guanyinwang,”katanya dalam sidang media di IPD Tawau, hari ini.


Jasmin berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 1 Ogos depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah.


Sementara itu, keputusan ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati lelati itu negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page