Kerajaan negeri komited pastikan projek Pan Borneo ikut jadual – Joachim
- nabalunews
- 2 days ago
- 1 min read

17 April 2026
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri komited memastikan projek berimpak tinggi Lebuhraya Pan Borneo dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan demi kesejahteraan rakyat.
Komitmen itu ditegaskan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, selepas sesi taklimat dengan pihak kontraktor projek berkenaan, di sini pada Khamis.
“Saya telah mendengar taklimat daripada pihak kontraktor Projek Lebuhraya Pan Borneo berhubung kerja-kerja menaik taraf jalan dari Sindumin ke Kampung Melalia bagi Pakej Kerja WP01 dan WP02.
“Kerajaan Negeri komited untuk memastikan projek berimpak tinggi ini dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan demi keselesaan serta kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menurutnya, projek Lebuhraya Pan Borneo merupakan inisiatif penting yang bukan sahaja meningkatkan jaringan perhubungan, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta pembangunan di kawasan pedalaman Sabah.
Sehubungan itu, beliau berharap kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat dapat terus diperkukuhkan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek berkenaan.















Comments