top of page

Lelaki warga emas hilang di Kota Belud

  • nabalunews
  • Dec 22, 2024
  • 1 min read

22 Disember 2024


KOTA BELUD: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Keguraan, di sini, semalam.


Rajim Kemad, 81, dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas mangsa tidak kembali ke rumahnya sehingga ke hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.51 petang.


Katanya sepasukan 7 pegawai dan anggota dari BBP Kota Belud dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 19 kilometer dari balai.


“Menurut pengadu (ahli keluarga) mangsa keluar rumah jam 8 pagi, semalam tanpa memaklumkan kepada keluarganya.


“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) jarak satu kilometer dari lokasi rumah mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, setakat ini mangsa masih belum ditemui dan operasi SAR masih dijalankan.


“Operasi pencarian dijalankan seramai tujuh anggota termasuk pegawai bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).


“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page