Lembaga Bandaran Kudat diharap terus cemerlang sebagai PBT terbaik
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Lembaga Bandaran Kudat diharap terus cemerlang sebagai PBT terbaik


Dr. Joachim (dua kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang Ahli Majlis Lembaga Bandaran Kudat dan disaksikan oleh Isnin (kanan) dan Rusdi.

30 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUDAT: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berharap Lembaga Bandaran Kudat dapat meneruskan kecemerlangan sebagai salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terbaik di Malaysia.


Dr. Joachim berkata, Lembaga Bandaran Kudat telah memenangi beberapa anugerah cemerlang di peringkat Malaysia yang amat membanggakan bukan sahaja kepada penduduk daerah ini tetapi juga di Sabah.


Antara pencapaian terbaik Lembaga Bandaran Kudat ialah menerima Anugerah Sijil Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPBPBT) dengan meraih 5 bintang serta mendapat kedudukan nombor 33 di Malaysia dan nombor 1 di Sabah.


Selain itu, Lembaga Bandaran Kudat juga menyandang tempat ke-3 Kategori Daerah Seluruh Malaysia melalui SPBPBT, Pihak Berkuasa Tempatan terbaik bagi Kriteria Pengurusan melalui SPBPBT dan Berkuasa Tempatan terbaik bagi Kriteria Pengurusan Pelanggan melalui SPBPBT.


Lembaga Bandaran Kudat juga pernah memegang gelaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terbaik bagi Kriteria Penyertaan Komuniti & Pandangan Penduduk melalui SPBPBT yang mana ia adalah antara lima terbaik di Malaysia menerima Anugerah Apresiasi Khas 2022, Bandar Keluarga Bahagia Kudat.


“Dengan Anugerah yang besar ini, kita sangat berbangga dengan pencapaian Lembaga Bandaran Kudat kerana mampu bersaing dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih besar dan maju daripada kita,” kata Dr. Joachim.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Upacara Angkat Sumpah Ahli Lembaga Bandaran Kudat bagi sesi Januari 2023-Januari 2025 yang diadakan di Grand Ballroom, Marina Resort Kudat pada Selasa.


Beliau juga menasihatkan Ahli Lembaga Bandaran Kudat yang dilantik supaya mempunyai mentaliti berasaskan perniagaan supaya mereka juga dapat membantu Lembaga Bandaran Kudat untuk menjana pendapatan yang lebih.


Dalam pada itu, beliau berkata Ahli Lembaga Bandaran Kudat yang dilantik juga perlu mempunyai mentaliti berasaskan perniagaan supaya mereka juga dapat membantu Lembaga Bandaran Kudat untuk menjana pendapatan yang lebih.

bottom of page