LHDNM KOTA KINABALU DAN SANDAKAN DITUTUP MULAI ISNINLHDNM KOTA KINABALU DAN SANDAKAN DITUTUP MULAI ISNIN
top of page
  • nabalunews

LHDNM KOTA KINABALU DAN SANDAKAN DITUTUP MULAI ISNIN


gambar hiasan

12 OKTOBER 2020


KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) cawangan Kota Kinabalu dan Sandakan di Sabah ditutup mulai Isnin hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


LHDNM dalam kenyataan yang dikeluarkan malam ini memaklumkan dalam tempoh berkenaan, pembayar cukai disarankan untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian.


Sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dilakukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat atau melalui https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/MS-MY/.

bottom of page