top of page

Lima Remaja Ditahan Polis Penampang Bantu Siasatan Vandalisme Pondok Ibadat

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


PENAMPANG, 16 Julai – Polis Daerah Penampang menahan lima remaja lelaki berusia antara 13 hingga 16 tahun bagi membantu siasatan kes vandalisme di sebuah pondok ibadat di Putatan, semalam.


Penahanan kelima-lima remaja itu dibuat pada 15 Julai 2026 dan siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perbuatan khianat, bukan daripada unsur menghina atau menjatuhkan mana-mana agama.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (kerosakan harta) dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan (menodai tempat ibadat). Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.


Beliau menegaskan pihak polis memandang serius sebarang perbuatan khianat melibatkan rumah atau tempat ibadat kerana berpotensi menjejaskan ketenteraman awam serta

keharmonian masyarakat.


Polis memberi jaminan siasatan dijalankan secara telus, profesional dan mengikut undang-undang. Orang ramai dinasihat supaya tidak membuat spekulasi atau menyiar semula gambar serta video yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan kegusaran awam.


IPD Penampang turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat atas kerjasama menyalurkan maklumat sehingga membolehkan kes diselesaikan dalam tempoh singkat.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page