top of page

LKM memainkan peranan dalam pembangunan industri koko negara: Matbali

  • nabalunews
  • 19 minutes ago
  • 1 min read

Matbali menyampaikan Simbolik Majlis Penyerahan Insentif Input Pertanian Program Pemulihan Kebun Koko Sabah 2025.
Matbali menyampaikan Simbolik Majlis Penyerahan Insentif Input Pertanian Program Pemulihan Kebun Koko Sabah 2025.

5 Jun 2025


KENINGAU: Lembaga Koko Malaysia (LKM) akan terus memainkan peranan aktif dalam menyokong pembangunan industri koko negara, khususnya di kawasan Pedalaman Sabah.


Pengerusinya Datuk Matbali Musah berkata, pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuk Program Pemulihan Kebun Koko, bantuan input pertanian, penyelidikan varieti unggul serta bimbingan teknikal kepada petani.


Katanya, usaha ini penting bagi memastikan biji koko kering yang dihasilkan menepati standard dan berkualiti tinggi, sekali gus meningkatkan harga jualan dan reputasi koko Malaysia di pasaran antarabangsa.

Matbali (tengah) bersama rombongan menunjukkan bibit koko yang berkualiti.
Matbali (tengah) bersama rombongan menunjukkan bibit koko yang berkualiti.

Matbali yang juga Ahli Parlimen Sipitang, berkata demikian ketika merasmikan Program Pemantapan Kelompok Koko Zon Pedalaman Sabah di sini pada Khamis.


Program anjuran LKM itu menghimpunkan lebih 200 peserta dari pelbagai zon termasuk Keningau, Tenom, Sook, Tambunan dan Nabawan.


"Ini satu pencapaian membanggakan kerana kita tidak hanya berkongsi ilmu, tetapi juga menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti koko di Sabah" katanya.


Pada masa sama Matbali turut menekankan kepentingan amalan pertanian baik, pengurusan makhluk perosak dan penyakit secara mampan serta penggunaan teknologi tanaman koko terkini.


Katanya, LKM berharap petani koko di Sabah dapat melangkah lebih jauh dengan menyertai koperasi dan terlibat dalam pemprosesan hiliran, termasuk penghasilan produk coklat buatan tempatan.


Beliau yakin dengan sokongan entiti seperti Koperasi Koko Kluster Sabah Berhad, industri koko berpotensi besar untuk menjana ekonomi setempat dan menarik minat generasi muda luar bandar.


Hadir sama Pengarah Bahagian Pemindahan Teknologi & Pengembangan LKM Abdul Karim mewakili Ketua Pengarahnya Datuk Dr Haji Kasin.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page