top of page
nabalunews

Lori membawa muatan diesel terbakar, bomba ambil masa 8 jam padam api


13 Ogos 2024


LAHAD DATU : Sebuah lori tangki membawa muatan diesel terbakar dalam kejadian di bulatan Jalan Dan berhampiran Taman Palm Height Lahad Datu, semalam.


Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.07 petang.


Katanya sepasukan 16 anggota bomba bersama 2 jentera pemadam api dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Lahad Datu dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 4 kilometer dari balai.


Turut membantu usaha memadamkan kebakaran, 3 kakitangan Jabatan Air Sabah dan 10 anggota polis.


"Kebakaran melibatkan sebuah lori tangki berkapasiti 10,000 liter membawa muatan minyak diesel yang terbakar 100%.


"Operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 2 pancutan 200 kaki sumber air dari tangki jentera, tangka lori jabatan air dan 10 tong foam. Tiada mangsa terlibat dilaporkan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sumsoa berkata kebakaran dapat dikawal jam 10.08 malam manakala operasi bomba ditamatkan jam 11.59 malam.


Seterusnya pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tidak ada bahaya lain yang wujud

Comments


bottom of page