Mailin Salungin dan Wilsen Singgin juara 70KM KAR Ultra 2022
- Wartawan Nabalu News
- Aug 1, 2022
- 2 min read

1 Ogos 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
Gambar Oleh Kuka Lo @ Gansau Tulun Dusun
KOTA BELUD: Mailin Salungin dan Wilsen Singgin masing-masing dinobatkan juara bagi katgori wanita dan lelaki terbuka larian mencabar 70 kilometer Kadamaian Adventure Race 2022 (KAR Ultra 2022), kelmarin.
Mailin, 43, berasal dari Kampung Bundu Tuhan Ranau berjaya menamatkan larian sejauh 70 kilometer dengan catatan masa 13 jam 49 minit 48 saat seterusnya mengekalkan kejuaraannya dalam KAR, mengetepikan rakannya Kona Liau (14:00:46) di tempat kedua.
Manakala tempat ketiga dan keempat pula dimenangi dua adik-beradik Adelinah Lintanga dan Jassica Lintangan.

Adelinah berjaya menamatkan larian dengan catatan masa 16 jam 06 minit 46 saat mendahului beberapa saat catatan Jassica iaitu 16 jam 06 minit 49 saat.
Pada KAR 2018, Mailin menjuarai larian 60KM, Jassica Lintanga dan Adelinah Lintanga masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Bagi kategori lelaki pula, Wilsen Singgin dinobatkan juara KAR Ultra 2022 selepas mendahului beberapa saat daripada pencabar utamanya Milton Amat.

Wilsen mencatatkan masa 10:53:02 dan Milton (10:53:16) hanya berpuas hati ditempat kedua. Mereka menamatkan larian bersama-sama, bagaimanapun Wilsen mendahului Milton hanya beberapa saat di garisan penamat.
Tempat ketiga dimenangi oleh pelari tempatan yang tidak asing lagi, Daved Simpat dengan catatan masa 11:37:21 dan Gustin Tiam (11:38:23) tempat keempat.
Pada KAR 2018, Daved menjuarai kategori Lelaki Terbuka larian 60km mengetepikan Wilsen ditempat kedua dan Milton ditempat ketiga.
Peserta larian 70KM dilepaskan oleh Pegawai Ketenteraman Awam KDNKA IPD Kota Belud Insp Frankie Pain, jam 5.40 pagi pada 30 Julai, di Kg.Melangkap Baru.

Bagi larian 32 kilometer pula Epang Sarawi, 45, dan Yasbie Ismail, 33 masing-masing dinobatkan juara bagi kategori wanita dan lelaki.
Epang berjaya menamatkan larian itu dalam masa 05: 38: 36, mengetepikan pencabarnya Aldiana Richard, dengan catatan masa 05:52:58, di tempat kedua.
Tempat ketiga dimenangi oleh Sinapilin Sarawi (06:00:23) dan Fanny Justinus (06:13:24) di tempat keempat.
Bagi kategori lelaki Yasbie mencatatkan masa kemenangan 03:37:14 mengalahkan pelari muda Arikchely Ariyl Arikah yang hanya berpuas hati di tempat kedua dengan catatan masa 03:39:15.
Tempat ketiga oleh Ruston Masri (03:51:01) dan tempat keempat Safree Sabdin (04:00:56).
Peserta larian 32KM dilepaskan oleh Pegawai Daerah Kota Belud Peter Jonu@ Peter Jonu Moinjil pada jam 7.00 pagi, 30 Julai di Kg.Melangkap Baru.

Juara kategori lelaki dan wanita bagi cabaran larian 9 kilometer pula masing-masing dimenangi oleh Elvince Jimes, 13, dengan catatan masa 01:06:08 dan Emilda Ellen.
Pelari muda, Elvince dari Kampung Kiau Nuluh berjaya menewaskan rakan sekampungnya Heavinius Gunik (01:07:09) di tempat kedua dan Jalleh Bokiom (01:07:56) di tempat ketiga.
Manakala bagi kategori wanita pula Emilda Ellen, 39, berjaya menamatkan larian dengan catatan masa 01:21:44 mengetepikan pelari dari Kg.Kiau Nuluh Ema Latius (01:28:01) di tempat kedua dan tempat ketiga oleh Sitty Nur Syamsuriah Bakri (01:30:37).

Peserta larian 9KM dilepaskan oleh Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Daerah Kota Belud Mohd Afiz Pudin.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil High5 dan Sportslife Fusion Jason Ku Su Yen, Thomas Yew (Wakil Ty Ulta Flash & SM Physiotherapy), Carlye Lajimin (Timbalan Ketua Upko Bahagian Kota Belud dan saikom watis (Naib 1 Ketua Upko Bahagian Kota Belud).



















Comments